Syiar Kolej Kolej_Islam_Sultan_Alam_Shah

"Fastaqim kama umirta"

Dipetik daripada surah Hud, ayat 112. Ia bermaksud 'Maka tetaplah (istiqamah) kamu di atas jalan yang telah kamu diperintahkan'.

Ayat 112 daripada surah Hud ini tertera pada lambang Kolej Islam Sultan Alam Shah menggunakan tulisan berwarna hitam. Ayat ini mula diperkenalkan bermula daripada lambang Kolej Islam Klang yang telah menggantikan ayat "Nur 'Ala Nur" yang dipetik daripada Surah An Nur ayat ke-35. Ayat "Nur 'Ala Nur" telah digunakan bermula tahun 1966 pada lambang Kolej Islam Klang sebelum ia digantikan dengan ayat "Fastaqim kama Umirta" pada lambang baharu Kolej Islam Klang pada ketika itu.

Ayat 112 Surah Hud ini dipilih untuk menyeru pelajar-pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah supaya sentiasa tetap beristiqamah dengan perjuangan Islam walaupun menempuh pelbagai cabaran semasa menuntut ilmu.